Tuesday, August 10, 2004

KEHIDUPAN

Pemandangan Senja Dari Belakang Opis Aku

Aku snap pic nih masa pergi kat belakang opis aku (opis aku di tingkat 1) so ada balkoni laa.Masa tu jam baru menunjukkan pukul 7.00mlm dan aku terpandang matahari tengah nak terbenam.Tetiba lak aku tangkap emosional jap...teringat kekisah lama2.Masa kecik2,masa sekolah,masa peperiksaan SPM,masa start keje,masa susah,kisah cinta monyet sampailah cinta baboon...eheheehhh...sehinggalah masa tengah aku snap pic nih.Aku rasa amat bertuah kerana lahir dari perut mak aku yang lawa tu (masa muda laa) dan lahirnya aku di atas bumi bertuah ini.Aku memanjatkan doa kesyukuran kepadaNya dan terasa kerdil lagi hina di sisiNya.Perlukah aku sekaya Bill Gates untuk merasai kemewahan dunia...,perlukah aku se`encem` Brad Pitt ;p untuk memikat awekss....atau perlukah aku menjadi hipokrit untuk menyenangkan hati dan rese orang lain...Pendek kata aku haruslah bersyukur kerana berpeluang merasai apa yang telah pun aku rasa kerana aku yakin apa yang kita semua rasa tidaklah semuanya sama.Memasing memunyai perspektif yang berlainan dan kerana inilah kita berjaya menjadi satu golongan hidupan yang mampu berevolusi sejak sekian lama....

No comments: